361 mangsa banjir di Terengganu - Utusan Malaysia

361 mangsa banjir di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keadaan cuaca yang mendung tanpa hujan di daerah ini dan Kuala Nerus membolehkan lebih ramai mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing. 

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini hanya 361 mangsa daripada 90 keluarga masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS). 

Katanya, jumlah itu terus menurun berbanding 494 mangsa banjir yang direkodkan sehingga pukul 4 petang semalam. 

“Memasuki hari keempat pengurusan bencana banjir di Terengganu, jumlah mangsa semakin berkurang dengan Kuala Nerus seramai 224 mangsa  diikuti Dungun (81), Kuala Terengganu (30) dan Marang (26).

“Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan di daerah Hulu Terengganu dinaiki air tetapi buat masa ini tiada lagi  pemindahan berlaku dan kita bersiap-siaga dengan sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita di sini. 

Menurut Che Adam, satu PPS mungkin akan dibuka di Hulu Dungun, Dungun pada bila-bila masa hari ini. 

Sementara itu, katanya, beberapa sungai merekodkan paras berjaga-jaga, amaran dan bahaya seperti di Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu di samping Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Kemaman. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya