33 buah rumah terjejas banjir kilat di Felda Bukit Rokan - Utusan Malaysia

33 buah rumah terjejas banjir kilat di Felda Bukit Rokan

ANGGOTA APM membantu membersihkan salah sebuah rumah di Felda Bukit Rokan, Gemencheh dekat sini yang dinaiki air awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sebanyak 33 rumah di Felda Bukit Rokan, Gemencheh terjejas dalam kejadian banjir kilat kira-kira pukul 5.50 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, banjir berkenaan bagaimanapun mulai surut dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan.

Menurutnya, tiada pusat pemindahan dibuka dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tampin membantu mangsa banjir melakukan kerja-kerja pembersihan.

Sementara itu Sekretariat JPBD Tampin berkata, lokasi yang dikesan banjir membabitkan Peringkat 2,4 dan 7 Felda Bukit Rokan.

Menurutnya, turut terjejas tiga buah rumah di Pusat Latihan Polis Bantuan FELDA (FELSCO).

“Dalam kejadian itu, hampir 150 mangsa dari 33 buah rumah terjejas. Semua lokasi terjejas mulai surut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya