Guna 8 bas hantar 300 pekerja Top Glove ke hospital - Utusan Malaysia

Guna 8 bas hantar 300 pekerja Top Glove ke hospital

PETUGAS KKM membawa keluar seramai 300 pekerja Top Glove berikutan penularan wabak Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove di Meru, Klang, Selangor malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kira-kira 300 pekerja di kilang Top Glove di sini telah dibawa ke dua hospital petang ini bagi mendapatkan rawatan.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Shaari Ngadiman berkata, kesemua mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

“Kesemua mereka dibawa menaiki lapan buah bas iaitu empat masing-masing ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.

Terdahulu, Selangor mencatatkan kes baharu positif Covid-19 tertinggi dua hari berturut-turut dengan mencatatkan 1,203 kes.

Peningkatan di Selangor berpunca pertambahan kes Kluster Teratai iaitu sebanyak 1,067 kes dan Kluster Damanlela sebanyak 101 kes manakala Sabah pula masih melaporkan jumlah kes yang agak tinggi.

Kluster Teratai di Selangor dan Kuala Lumpur telah menunjukkan peningkatan kes mendadak iaitu sehingga hari ini terdapat 2,524 kes positif dari 5,767 kes.

Kes dalam kluster tersebut terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara yang berumur di antara dua hingga 68 tahun di mana kebanyakan kes merupakan pekerja-pekerja kilang di kawasan Meru, Klang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya