30 pengusaha bas persiaran di Terengganu bakal gulung tikar

30 pengusaha bas persiaran di Terengganu bakal gulung tikar

WAKIL pengusaha bas persiaran di Terengganu ketika ditemui di Batu Buruk di Kuala Terengganu, Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 30 pengusaha bas persiaran di negeri ini bakal gulung tikar apabila kemungkinan kenderaan mereka ditarik syarikat kredit kerana kegagalan membayar ansuran bulanan ditetapkan.

Pengusaha Norma Travel & Tours Sdn. Bhd., Kamal Ariffin berkata, rata-ratanya kini berdepan tekanan berikutan terpaksa menangung kerugian besar mencecah 100 peratus selepas operasi dihentikan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu hingga kini.

“Kami buntu, wang simpanan sudah habis dan kini hanya menunggu masa bas akan ditarik, jadi kami berharap kerajaan dapat membela nasib kami yang hilang punca pendapatan ini.

“Situasi ini turut memberi kesan kepada para pekerja yang terpaksa diberhentikan kerana kami tidak mampu membayar gaji mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, sekumpulan pengusaha bas persiaran Terengganu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) daerah ini  kerana mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak prihatin terhadap nasib sektor pelancongan berikutan tiada sebarang peruntukan menerusi Belanjawan 2021 bagi membela nasib mereka.

Pengusaha Sri Bumi Holidays Sdn. Bhd., Mohd. Azli Omar berkata, pihaknya telah menghantar beberapa surat menuntut campur tangan kerajaan supaya syarikat kredit dapat memberi tempoh pengecualian bayaran balik pinjaman berjadual kepada pengusaha bas yang terjejas.

Bagaimanapun, dia terkilan kerana tiada sebarang maklum balas atau tindakan diambil hingga kini.

“Saya harap kerajaan dapat mengkaji semula Belanjawan 2021 dan sekurang-kurangnya ada peruntukan atau usaha untuk membantu golongan pengusaha bas persiaran agar tidak terus terpinggir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya