3 individu dikesan SPRM bantu siasatan  - Utusan Malaysia

3 individu dikesan SPRM bantu siasatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan jenayah menjual cap keluar masuk dokumen warga asing.

Lelaki pertama, Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, 43200 Cheras, Selangor.

Sementara itu lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 51000 Kuala Lumpur dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN