IPOH: Seramai 29 penduduk dari empat keluarga di Kampung Sri Kinta, Lahat di sini dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan banjir kilat sejak malam tadi.
Penduduk yang terlibat terdiri daripada enam lelaki, enam perempuan dan 17 kanak-kanak kini di tempatkan di Dewan Orang Ramai Sri Kinta.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, pusat pemindahan tersebut mula dibuka pada pukul 2.30 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE