29 penghuni Medan 88 serah diri - Utusan Malaysia

29 penghuni Medan 88 serah diri

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seramai dua lagi penghuni dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di sini menyerah diri kepada pihak berkuasa hari ini. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, secara keseluruhannya dalam tempoh empat hari lalu, jumlah keseluruhan penghuni Medan 88 yang telah serah diri adalah seramai 29 orang. 

“Mengikut pecahan jantina, daripada jumlah itu, seramai 21 adalah lelaki dan lapan adalah wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, berdasarkan rekod, pecahan mengikut kewarganegaraan, terdiri daripada warga Indonesia dan Thailand masing-masing seramai tujuh orang dan seorang lelaki terdiri warga India, Nepal dan Myanmar. 

“Manakala warga tempatan pula seramai sembilan lelaki dan tiga wanita,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya, jumlah orang yang telah disaring adalah seramai 324 orang. 

Tambah Wan Kamarul, berdasarkan rekod jumlah positif Covid-19 pula, seramai 44 orang positif saringan sebelum Temco dilaksanakan. 

“Sementara itu, jumlah positif saringan selepas Temco dilaksanakan (324 saringan) adalah seramai empat orang. 

“Secara keseluruhannya jumlah positif Covid-19 di Medan 88 adalah seramai 48 orang,” katanya. 

Menurutnya, polis akan mempertingkatkan usaha bagi mengesan penduduk yang hilang di samping mengharapkan bantuan orang ramai bagi menyalurkan bantuan. 

Perintah Temco di kawasan itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula 12 November lalu sehingga 25 November membabitkan 88 unit rumah kedai, 284 premis dan 800 penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya