22 penduduk terjejas banjir di Kampung Air Taling - Utusan Malaysia

22 penduduk terjejas banjir di Kampung Air Taling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seramai 22 orang penduduk Kampung Air Taling, Kuala Pilah yang terjejas banjir awal pagi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Desa Dangi, dekat sini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kuala Pilah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 2.47 pagi tadi selepas pihak polis yang memaklumkan banjir kilat berlaku di Kampung Air Taling.

BEBERAPA rumah penduduk di Kampung Langkap, Dangi dinaiki air selepas beberapa kampung di kawasan tersebut dilanda banjir kilat. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

“Seramai 22 penduduk terbabit melibatkan 10 keluarga terjejas dan dipindahkan segera ke pusat pemindahan Dewan Desa Dangi. Pihak sekretariat segera melakukan pemindahan mangsa kerana terdapat rumah yang terjejas sehingga mencecah ke bumbung rumah,” katanya.

Pihak sekretariat juga memaklumkan, tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh penduduk terjejas.

Ketika ini usaha memindahkan mangsa sedang dilaksanakan.

Tiga agensi terbabit termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN