IPOH: Sebanyak 20 buah rumah dilanda banjir kilat di Kampung Rahmat, Bidor hari ini.
Dalam kejadian itu, anggota bomba turut membantu memindahkan sepasang warga emas ke tempat yang selamat apabila rumah mereka dinaiki air.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, banjir berpunca daripada limpahan air dari sungai berdekatan kampung tersebut.
Menurutnya, bomba menerima panggilan mengenai kejadian banjir di kampung tersebut pada pukul 6.33 petang.
“Paras air naik sehingga satu meter. Terdapat sepasang warga emas yang kediaman mereka dinaiki air dan mereka dipindahkan ke tempat yang selamat sebelum paras air surut.
“Anggota bomba membuat pemantauan di loksi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat. Setakat ini tiada pusat pemindahan banjir (PPS) dibuka,” katanya. – UTUSAN ONLINE