20 peratus calon PRU15 daripada anak muda - Utusan Malaysia

20 peratus calon PRU15 daripada anak muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencadangkan 20 peratus daripada calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mestilah terdiri dalam kalangan anak muda.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, calon tersebut antara lain termasuk ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan khidmat sokongan anggota pentadbiran.

“Tahun ini, separuh daripada rakyat Malaysia berumur 30 tahun atau lebih muda.

“Menjelang berkuat kuasa Undi18 pada Julai 2021, anak muda akan menjadi kumpulan pengundi terbesar yang wajib disantuni,” katanya semasa Ucapan Dasar Ketua Armada sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu secara maya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya