2 kawasan di Kedah, Sabah dikenakan Temco - Utusan Malaysia

2 kawasan di Kedah, Sabah dikenakan Temco

TEMCO
gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) dikenakan di taman-taman perumahan di Mukim Sungai Seluang Kulim, Kedah bermula 27 November sehingga 10 Disember ini berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 197 ujian saringan secara  bersasar dilaksanakan dan sebanyak 50 kes positif  direkodkan.

Katanya, pelaksanaan Temco itu melibatkan sebanyak 1,412 rumah dengan anggaran 6,000 penduduk di  taman-taman perumahan seperti Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1 dan 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau.

 “Semua penduduk  dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan yang boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, perintah Temco akan turut dilaksanakan di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah bagi tempoh sama selepas merekodkan sebanyak 253  kes positif melalui 2,609 saringan  dilaksanakan.

Katanya, sehingga kini masih terdapat 581 sampel saringan masih  menunggu keputusan. 

Pelaksanaan Temco itu melibatkan keluasan kawasan 229,459  meter persegi, 3,400 unit rumah dan 18,000 orang penduduk.

Sementara itu, beliau berkata,  perintah Temco di Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung  Landung Ayang, Kudat, Sabah ditamatkan selepas 3,084 ujian saringan dilaksanakan dan  sebanyak 345 kes kumulatif positif direkodkan di ketiga-tiga lokaliti itu.  

“Berdasarkan penilaian risiko mendapati situasi Covid-19 di lokaliti-lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya