199 mangsa banjir masih di PPS - Utusan Malaysia

199 mangsa banjir masih di PPS

SEORANG kanak-kanak berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kediaman keluarganya ditenggelami air akibat banjir di Kampung Parit Gantong, Sungai Rambai di Jasin, Melaka. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Meskipun menunjukkan trend penurunan, mangsa banjir di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang sedang aktif di negeri ini masih menempatkan seramai 199 mangsa.

Angka di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, Jasin tidak banyak berubah apabila terdapat 121 daripada 29 keluarga berada di situ, manakala 65 orang di PPS SK Parit Gantong, Sungai Rambai.

Di Alor Gajah pula, hanya tinggal 13 mangsa daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS SK Durian Tunggal.

Sementara itu, banjir di Daerah Melaka Tengah dilaporkan pulih apabila PPS SK Ayer Molek yang sebelum ini menempatkan 118 mangsa ditutup sepenuhnya sejak pukul 7 malam, semalam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya