1,929 aduan keganasan rumah tangga sepanjang PKP - Utusan Malaysia

1,929 aduan keganasan rumah tangga sepanjang PKP

Rina (kiri) meninjau persiapan alatan dan makanan bagi persediaan bencana ketika mengadakan lawatan kerja di Depoh Simpanan Keperluan Bencana Zon Selatan, Muar. -UTUSAN/NUR ALINA HASSAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR : Sebanyak 1,929 panggilan aduan berkaitan keganasan rumah tangga diterima menerusi Talian Kasih sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu bermula Mac lalu sehingga kini. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, aduan itu berkaitan penderaan emosi, fizikal dan seksual.

“Aduan-aduan yang diterima berkaitan penderaan ini telah kita ambil kira, maka dalam Belanjawan 2021 ini kita menyasarkan untuk membina projek rumah pelindungan sosial yang akan dimulakan di Johor dan Selangor.

“Projek perintis ini disasarkan di dua negeri itu terlebih dahulu ekoran jumlah aduan yang diterima agak tinggi iaitu masing-masing 375 di Selangor dan 264 di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Depoh Simpanan Keperluan Bencana Zon Selatan, hari ini.

Menurut Rina, pusat dikendalikan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan menyediakan perlindungan sosial dan sokongan moral kepada golongan wanita bagi mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.

Terdahulu, Pusat panggilan Talian Kasih 15999 kembali menjadi perhatian masyarakat sejak gelombang ketiga Covid-19 bermula September lalu selepas Talian Khas Kaunseling bagi memberi sokongan psikologi kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan wabak itu diwujudkan pada Mac lalu.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya