16,300 penduduk Tongkang Pecah terlibat PKPB - Utusan Malaysia

16,300 penduduk Tongkang Pecah terlibat PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tongkang Pecah, Batu Pahat yang akan bermula esok hingga 13 Disember melibatkan seramai 16,300 penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kawasan terlibat adalah Bandar Putera Indah, Lorong 7 hingga 10, Batu 7 dan Kampung Mohd. Nor.

“Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di Tongkang Pecah, daerah Batu Pahat berkuat kuasa 29 November sehingga 13 Disember.

“Pelaksanaan PKPB itu bertujuan membolehkan Jabatan Kesihatan negeri melaksanakan saringan bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Vidyananthan berkata, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang telah diaktifkan semula sebagai hospital Covid-19 secara rasmi bermula 25 November lalu.

“Ini bermakna hospital berkenaan akan dikhususkan untuk merawat pesakit Covid-19 sahaja kecuali kes-kes kecemasan seperti haemodialisis, radiologi, perubatan kecemasan, perkhidmatan pesakit luar dan bersalin kecemasan,

“Semua kemasukan pesakit baharu bukan covid-19 adalah dihentikan kecuali kes bersalin kecemasan,” ujarnya.

Vidyananthan juga memaklumkan, sehingga semalam sebanyak 33 kes Covid-19 baharu telah dilaporkan melibatkan 28 daripada kluster sedia ada, dua kes import dan tiga kes lain-lain.

“Ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan di Johor sebanyak 1242 kes, melibatkan 990 kes iaitu 79.7 peratus telah pulih, manakala 230 kes sedang dirawat,” katanya.

Tambah beliau, peningkatan kes Covid-19 itu disebabkan pencarian kes secara aktif dan aktiviti survelans yang dipertingkat Jabatan Kesihatan Negeri dalam mengekang penularan secepat mungkin.

Setakat semalam, jumlah kluster aktif Covid-19 di negeri ini kekal 12 antaranya Kluster Gemilang (mukim Tebrau), Kluster Tanjung Bunga (mukim Plentong), Kluster Kobena (mukim Tebrau), Kluster Kota Kecil (mukim Kota Tinggi), Kluster Makmur (mukim Kulai) dan Kluster Kiambang (mukim Tenggaroh).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya