16 individu pajak gadai emas tanpa lesen ditahan - Utusan Malaysia

16 individu pajak gadai emas tanpa lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 16 individu ditahan kerana menjalankan pajak gadai tanpa lesen dengan sembilan daripadanya bakal dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

Tindakan itu hasil serbuan Cawangan Siasatan dan Pemantauan, Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berdasarkan aduan dan risikan.

Sembilan premis terbabit meliputi empat di Selangor, masing-masing dua di Perak dan Pahang serta satu di Kuala Lumpur dalam serbuan antara Februari hingga September lalu.

Menurut kenyataan KPKT, dalam operasi tersebut, mereka turut merampas antaranya wang tunai berjumlah RM38,292 serta barang kemas seperti cincin, gelang tangan dan rantai.

“Turut dirampas ialah alat penimbang emas, cecair asid penguji emas, buku daftar perniagaan tebus emas serta surat dan resit yang menyerupai surat pajak gadai,” jelas kenyataan itu.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 7(2) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 kerana kesalahan menjalankan perniagaan pemegang pajak gadai tanpa lesen yang sah.

KPKT sentiasa membuat pemantauan secara berterusan, namun orang ramai dinasihatkan membuat carian nama pemegang pajak gadai yang berlesen menerusi aplikasi i-Gadaian.

“Orang ramai juga diseru memanfaatkan aplikasi itu yang menyenaraikan premis berdaftar di bawah KPKT di seluruh Malaysia selaras tagline ‘Jadilah Pemajak Yang Bijak’,” katanya.

Pihak kementerian turut memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di semua premis semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga akhir tahun ini.

Berdasarkan pemantauan setakat ini, KPKT berpuas hati kerana semua pemegang pajak gadai berlesen mematuhi peraturan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Orang ramai boleh membuat aduan mengenai urus niaga pajak termasuk yang berlesen melalui Sistem Aduan Bersepadu di http://www.kpkt.gov.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya