15,653 pemeriksaan Skim Harga Maksimum Deepavali dilaksanakan

15,653 pemeriksaan Skim Harga Maksimum Deepavali dilaksanakan

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 15,653 pemeriksaan dilaksanakan ke atas premis-premis perniagaan seluruh negara bagi pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 bermula 9 hingga 17 November lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, ia merangkumi 651 pemeriksaan ke atas pemborong dan 15,002 pemeriksaan ke atas peruncit dengan sejumlah 57 tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga atas pelbagai kesalahan. 

Beliau berkata, sebanyak RM3,697.96 nilai sitaan diperoleh dengan kompaun sebanyak RM8,100 melibatkan lima kes kesalahan menjual melebihi harga maksimum dan 52 kesalahan gagal meletakkan tanda harga. 

“Kementerian menerima tiga aduan berkaitan semasa pelaksanaan skim ini. 

“Namun pendekatan penguatkuasaan dibuat secara berhemah dengan memberi nasihat dan amaran terlebih dahulu supaya peniaga mematuhi undang-undang sebelum tindakan diambil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan pemantauan dan maklum balas orang ramai,  pelaksanaan skim berkenaan berjalan dengan baik dan mencapai objektif seperti dirancang. 

Katanya, jalinan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri  Makanan dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Verterinar, Lembaga Pemasaran Pertanian  Persekutuan, pihak berkuasa tempatan, pengeluar, pemborong, peruncit,  dan pengguna sepanjang pelaksanaan skim ini dengan jayanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya