1,424 dikesan positif Covid-19 di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

1,424 dikesan positif Covid-19 di Pulau Pinang

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Sebanyak 1,424 individu dikesan positif Covid-19 setakat kelmarin melibatkan tujuh kluster aktif di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, jumlah itu diperoleh menerusi 13,408 saringan yang dijalankan ke atas individu  terlibat dengan kluster tersebut.

“Ketika ini, terdapat tujuh kluster aktif Covid-19 di di negeri ini iaitu kluster Kluster Intan, Kluster Bayan, Kluster Permatang, Kluster Alma, Kluster Penjara Reman Pulau Pinang, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Tembaga,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya, Tapak Penjaja Sementara (TPS) Taman Free School di sini diarah ditutup selama 14 hari bermula kelmarin oleh Jabatan Kesihatan negeri bagi tujuan ujian saringan Covid-19.

Jagdeep berkata, penutupan itu bagi membolehkan ujian saringan dijalankan ke atas peniaga di TPS berkenaan serta proses sanitasi di seluruh kawasan tersebut oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). 

“Keseluruhan TPS Taman Free School mempunyai 136 gerai aktif.

“Bahagian yang telah ditutup sementara melibatkan bahagian pasar pagi sahaja yang mengandungi 68 buah gerai dan melibatkan 72 peniaga,” katanya.

Menurut Jagdeep, penutupan TPS Taman Free School itu selaras dengan komitmen serta usaha tegas kerajaan negeri dalam memastikan keselamatan dan kesihatan awam seluruh penduduk terpelihara.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan bagi menutup mana-mana kemudahan awam bagi tujuan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Sehingga hari  ini, sebanyak 53 premis lain di seluruh negeri ini termasuk restoran, pasar, astaka makanan dan gerai telah ditutup oleh Jabatan Kesihatan negeri.

“Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga telah menutup 13 premis lain kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya