125 taska, pusat jagaan di Terengganu mohon operasi semasa PKPB - Utusan Malaysia

125 taska, pusat jagaan di Terengganu mohon operasi semasa PKPB

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 125 taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan harian di negeri ini menghantar permohonan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama empat minggu hingga 6 Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 122 merupakan taska manakala tiga lagi taska di rumah dengan melibatkan 1,870 kanak-kanak.

Katanya, kebenaran beroperasi itu dikeluarkan kerana melibatkan penjagaan anak petugas barisan hadapan dan sektor tertentu yang perlu bekerja semasa pelaksanaan PKPB.

“Antara syarat yang ditetapkan ialah pendafraran institusi taska dan pusat jagaan harian masih sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di samping sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hanafiah, langkah membenarjan operasi itu selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Katanya, permohonan melibatkan 52 taska di daerah ini serta Kuala Nerus dengan 868 kanak-kanak diikuti Kemaman (28 taska), Dungun (21 taska), Marang (10 taska), Besut (9 Taska), Hulu Terengganu (tiga taska) dan Setiu (dua taska). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya