12 anggota sindiket edar, seludup ganja dicekup - Utusan Malaysia

12 anggota sindiket edar, seludup ganja dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan ganja dari Thailand menggunakan laluan laut selepas menahan 12 suspek termasuk ‘mastermind‘ dalam beberapa siri serbuan di negeri ini, Kedah dan Perak minggu lalu.

Suspek terdiri daripada 11 lelaki termasuk seorang warga Thailand bersama seorang wanita, masing-masing berusia  22 hingga 46 tahun, diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)  Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Pulau Pinang dan Kedah pada 27 dan 28 Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, Deputi Komisioner Zainudin Ahmad berkata, kesemua suspek diberkas dalam sembilan operasi yang dijalankan secara serentak di tiga negeri berkenaan.

“Susulan penahanan suspek terbabit telah membawa kepada tangkapan ahli sindiket lain termasuk ‘mastermind’ dalam sembilan serbuan di negeri ini, Kupang, Kedah dan Taiping, Perak.

“Siasatan mendapati, ganja yang dipercayai diseludup dari Satun, Thailand itu menggunakan khidmat bot fiber atau nelayan ke negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya