12 ahli keluarga diami rumah bekas pondok terselamat dalam kebakaran - Utusan Malaysia

12 ahli keluarga diami rumah bekas pondok terselamat dalam kebakaran

Sebahagian empat buah rumah terbakar di bekas pondok pengajian agama di Kampung Kepala Bukit, Mukim Tualang, Alor Setar.-
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Seramai 12 ahli keluarga yang menghuni di empat buah bekas pondok sebuah pusat pengajian agama di Kampung Kepala Bukit, Mukim Tualang di sini terselamat dalam kebakaran petang semalam.

Dalam kebakaran pada pukul 3.15 petang, sebanyak tujuh buah kenderaan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Naza Kia dan kereta jenis Proton Saga serta lima buah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

Seorang mangsa, Mohd. Zuhairi Abd. Rashid, 38, berkata, kebakaran itu berlaku selepas dentuman kilat yang kuat diikuti sebuah rumah di belakang rumahnya terbakar.

Menurutnya, dia dan ibunya, Sophiah Ismail, 67, keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri dan api kemudian merebak sehingga menyambar rumahnya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dapat selamatkan ibu saya yang sedang melakukan solat pada masa kejadian itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa, Ramlah Abdullah, 64, pula berkata, ketika kejadian dia dan anak-anaknya tidak berada di rumah kerana pergi ke Kuala Nerang dekat sini.

Menurutnya, rumah yang didiami itu merupakan pondok sebuah pusat pengajian agama tetapi ditutup setelah mudir pondok berkenaan meninggal dunia beberapa tahun lalu.

“Kebakaran itu mengingatkannya kembali peristiwa pondok pengajian agama di situ musnah dalam kebakaran pada 1963 dan saya tidak sangka peristiwa hitam itu berulang lagi.” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.37 petang semalam.

“Ketika anggota tiba, api marak membakar tiga rumah dua tingkat dan sebuah rumah setingkat.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya