11,245 individu disaring libatkan tujuh kluster - Utusan Malaysia

11,245 individu disaring libatkan tujuh kluster

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 11,245 individu di negeri ini telah disaring setakat ini melibatkan tujuh kluster aktif.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,292 kes positif Covid-19 telah dikesan.

“Setakat semalam juga kita dimaklumkan ada tujuh kluster di negeri ini iaitu Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Prai, Kluster Bayan, Kluster Intan, Kluster Permatang, Kluster Alma dan Kluster Tembaga,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pasar Awam Taman Tun Sardon di sini semalam.

Menurut Jagdeep, agensi penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan meningkatkan pemantauan di kawasan-kawasan yang telah dikategorikan sebagai zon merah.

Selain itu, Jagdeep turut mengingatkan rakyat negeri ini sentiasa berwasapada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat-tempat awam.

“Kita lihat dalam tempoh ini, ada pertambahan dalam jumlah mereka yang positif Covid-19, kita tidak boleh ambil ringan dengan apa yang berlaku.

“Pada masa kita berperang dengan Covid-19, rakyat sendiri adalah barisan hadapan dan kerjasama semua amat diperlukan untuk memastikan kita berjaya memerangi wabak ini,” katanya.

Dalam pada itu, Jagdeep berkata, Kerajaan Pusat juga diharap menyalurkan lebih peruntukan kepada 10 negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKBP) selama empat minggu bermula kelmarin.

“Kita mengalu-alukan PKPB sebagai salah satu usaha Kerajaan Pusat untuk membendung jangkitan Covid-19 demi menjaga keselamatan dan kesihatan awam.

“Namun, kita juga mohon Kerajaan Pusat menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada semua negeri yang terlibat kerana ekonomi pasti akan terjejas dengan teruk akibat PKPB,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya