12 Honda Accord bukan untuk Exco - Utusan Malaysia

12 Honda Accord bukan untuk Exco

TANGKAP layar video memaparkan kereta jenis Honda Accord 1.5 TC baharu didakwa dibeli untuk kegunaan Exco kerajaan negeri yang tular di media sosial sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pembelian sebanyak 12 buah kereta jenis Honda Accord 1.5 TC yang baharu bukan untuk kegunaan Exco kerajaan negeri.

Sebaliknya tegas Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor, kereta tersebut dibeli untuk kegunaan jabatan-jabatan kerajaan negeri.

Malah katanya, peruntukan untuk membeli kenderaan tersebut diluluskan dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Besar terdahulu, Oktober tahun lalu.

“Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada pembelian kenderaan itu antaranya pelupusan kenderaan lama jabatan-jabatan terlibat iaitu Proton Perdana yang dibeli pada 2004.

“Selain itu, terdapat dua kenderaan lama telah dibeli oleh pegawai berpencen yang berkelayakan, menyebabkan kita perlu menggantikannya dengan yang baru dan kenderaan jabatan terlibat telah berusia lebih 10 tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya