Banjir kilat sekitar kawasan Hulu Langat dipercayai berpunca daripada hujan lebat sejak awal pagi semalam.
Ekoran itu kira-kira 570 kediaman di 10 kampung serta taman perumahan di kawasan tersebut dinaiki air.
Antara kawasan yang terjejas melibatkan Kampung Batu 20 Sungai Lui; Kampung Batu 14; Kampung Batu 16; Kampung Kuala Perdik; Kampung Batu 18; Kampung Batu 17; Kampung Sungai Serai; Kampung Dusun Nanding; Kampung Baru 13; Kampung Lubuk Kelubi dan Taman Sri Nanding. – UTUSAN/Video oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI