10 daripada 11 pengeluar vaksin sudah dihubungi - Utusan Malaysia

10 daripada 11 pengeluar vaksin sudah dihubungi

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia telah berkomunikasi dengan 10 daripada 11 calon pengeluar vaksin Covid-19 yang kini berada di fasa tiga ujian klinikal.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, lapan pengeluar sudahpun dihubungi secara terus manakala dua lagi melalui fasiliti COVAX.

Katanya, beberapa rundingan kini berada di fasa akhir dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat apabila dimeterai tidak lama lagi.

“Rundingan tersebut meliputi aspek kerjasama dalam pelbagai peringkat pembangunan vaksin seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D), pertukaran saintis dan pembelian vaksin sebagai jaminan akses bekalan vaksin untuk negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) berkenaan usaha kerajaan mengimport vaksin daripada firma China atau United Kingdom (UK). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya