1.3 juta talian prabayar meragukan dikesan

1.3 juta talian prabayar meragukan dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 1. 3 juta talian prabayar yang didaftarkan secara meragukan dikesan sehingga bulan lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 920,217 talian ditamatkan perkhidmatan dan 457,645 maklumat dikemas kini dengan maklumat sah.

SAIFUDDIN ABDULLAH

“Kerajaan melaksanakan strategi komunikasi terancang melalui saluran platform media sosial rasmi Jabatan Penerangan bagi rakyat mendapat maklumat tepat dan sahih berkenaan penipuan siber.

“Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) turut menjalankan audit pengesahan data dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesahkan integriti pangkalan data pelanggan talian telefon prabayar bagi memastikan semua nombor aktif disahkan dengan sewajarnya.Ini untuk mengelakkan disalahguna pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) berkenaan inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat selamat daripada penipuan siber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya