KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dijadual menghadap Seri Paduka pukul 5 petang.
“Saya juga ingin memaklumkan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong pukul 5 petang,” katanya selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, di sini malam tadi.
Pertemuan itu dipercayai susulan daripada pertemuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadap Seri Paduka pagi semalam.
Dalam pada itu, dalam satu kenyataan bersama hari ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dijadual menghadap Seri Paduka hari ini dan pada 21 Oktober ditangguhkan – UTUSAN ONLINE