“Yuan Wei” dicari berkaitan kehilangan peralatan produksi - Utusan Malaysia

“Yuan Wei” dicari berkaitan kehilangan peralatan produksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga China dicari berhubung insiden kehilangan peralatan produksi yang dianggarkan bernilai hampir RM100,000. 

Pemilik syarikat produksi, Mazlan Goh Ahmad Goh, 52, mendakwa Yuan Wei yang bernombor passport E09524274 merupakan seorang penuntut program Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di sebuah institut pengajian tinggi swasta di Cyberjaya telah bekerja dengannya sebagai eksekutif multimedia sejak dua tahun lalu. 

Dia mendakwa, wanita berusia 27 tahun itu diberikan sebuah komputer riba jenama Apple untuk tujuan kerja serta menyimpan pelbagai dokumen berkaitan syarikatnya. 

Dakwanya lagi, wanita itu turut menggunakan dron bernilai RM45,000 serta peralatan audio bernilai RM20,000.

“Dia diberi kebenaran untuk menggunakan barang-barang tersebut untuk tujuan kerja. 

“Bagaimanapun, sejak awal Jun lalu, dia tidak memulangkan barangan tersebut apabila diminta dan memberikan pelbagai alasan. 

“Malah, dia turut menghilangkan diri sebelum gagal dihubungi sejak 2 minggu lalu,” dakwanya. 

Menurut Mazlan Goh, susulan itu, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya kelmarin. 

Jelasnya, dia berharap wanita itu dapat menghubunginya kembali serta memulangkan barangan tersebut. 

“Segala peralatan tersebut untuk kegunaan syarikat selain dokumen yang menyimpan maklumat mengenai syarikat saya,” dakwanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya