YPU ditutup tiga hari  - Utusan Malaysia

YPU ditutup tiga hari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini ditutup selama tiga hari bagi aktiviti nyah cemar. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, penutupan  sementara itu berkuat kuasa hari ini hingga Khamis. 

Sehubungan itu, katanya, beberapa program yang dirancang kini ditangguhkan seketika manakala aktiviti dalam talian atau maya berjalan seperti biasa. 

“Merujuk kepada situasi Covid-19 yang semakin meningkat di Terengganu, pejabat YPU ditutup sementara waktu untuk sanitasi bagi membendung penyebaran wabak. 

“YPU amat prihatin dengan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan semua sama ada pegawai, kakitangan mahu pun pelanggan-pelanggan yang hadir ke pejabat untuk mendapatkan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN