Wisma Darul Iman ditutup tiga hari untuk nyah cemar - Utusan Malaysia

Wisma Darul Iman ditutup tiga hari untuk nyah cemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Wisma Darul Iman di sini, ditutup selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Zahari Md. Azahar berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan pihak pengurusan menjalankan aktiviti nyah cemar di keseluruhan bangunan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri memberitahu, walaupun kakitangan kini diarahkan bekerja dari rumah, namun masih ada sebahagian daripadanya yang bertugas di pejabat.

“Sehubungan itu, semua ketua jabatan/ ketua bahagian/ ketua unit bertanggungjawab mengenal pasti keperluan pegawai dan kakitangan yang dikehendaki berada di pejabat dalam tempoh penutupan ini.

“Kakitangan hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zahari, kakitangan diminta kembali bertugas seperti biasa mulai Ahad ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai urusan penting di Wisma Darul Iman dinasihatkan menghubungi pegawai berkaitan terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN