Wartawan Utusan antara 16 penerima Pingat Cemerlang Bomba   - Utusan Malaysia

Wartawan Utusan antara 16 penerima Pingat Cemerlang Bomba  

MOHAMMAD Hamdan Wahid (dua dari kiri) menganugerahkan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) kepada Wartawan Utusan Malaysia, Nuraina Hanis Abd. Halim pada Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Hotel Marriott Putrajaya di sini, hari ini. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Wartawan Utusan Malaysia, Nuraina Hanis Abd. Halim dipilih sebagai penerima Pingat Cemerlang Bomba (PCB) daripada 16 penerima dalam kalangan pengamal media cetak dan eletronik negara ini.

Anugerah PCB itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid sempena Istiadat Pengurniaan Pingat Kebesaran JBPM di sini hari ini.

Mohammad Hamdan berkata, penganugerahan kepada pengamal media itu diberikan atas jasa besar mereka menyampaikan maklumat berguna kepada masyarakat, aspek kesedaran pencegahan kebakaran serta peranan anggota bomba dalam mencegah penularan wabak Covid-19.

Dalam majlis sama, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat mendahului senarai penerima pingat kebesaran apabila dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah (PKP); lapan individu menerima Pingat Jasa Bomba (PJB) dan 23 individu menerima Pingat Setia Bomba (PSB).  

Sementara itu, seramai 77 pegawai bomba dianugerahkan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) terdiri daripada kakitangan pelbagai bahagian yang memberikan sumbang bakti kepada kelangsungan jabatan sepanjang dalam perkhidmatan.

Jumlah keseluruhan penerima adalah seramai 109 orang dan majlis istiadat yang merupakan acara tahunan JBPM itu diadakan sejak dari 1994. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN