Warga emas melecur, 3 motosikal hangus - Utusan Malaysia

Warga emas melecur, 3 motosikal hangus

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memadamkan kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga emas melecur manakala tiga buah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Bagan Jermal, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian yang melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat itu kira-kira pukul 4 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati rumay berkeluasan kira-kira 750 kaki persegi itu terbakar sebanyak 85 peratus.

“Penghuninya iaitu lelaki warga emas melecur manakala tiga buah motosikal hangus sebelum api berjaya dikawal pukul 4.31 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 70-an yang cedera berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap itu berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi digerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dan Perai selain dibantu pasukan bomba sukarela. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya