Warga emas hidap masalah lupa disyaki lemas  - Utusan Malaysia

Warga emas hidap masalah lupa disyaki lemas 

OPERASI mencari mangsa, Ismail Awang, 83, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Langgar di Pekan Langgar, Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami penyakit lupa dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Langgar di Pekan Langgar di sin hari ini.

Mangsa, Ismail Awang (gambar), 83, sebelum itu dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul 7 pagi untuk membeli nasi lemak di sebuah kedai makan berhampiran sungai.

Ismail Awang

 

Bagaimanapun, mangsa selepas itu dikatakan berada di belakang kedai makan berhampiran sungai itu setelah premis tersebut belum dibuka.

Menantu mangsa, Mohd. Amin Fardullah Muthu, 31, berkata, dia terus bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan tentang kejadian oleh penduduk kampung.

“Setakat ini bapa masih belum ditemui dan keluarga berharap operasi mencari bapa mertua saya oleh anggota bomba dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, masalah lupa yang dialami bapa mentuanya semakin teruk sejak kebelakangan ini.

“Sebelum ini, bapa berkelakuan pelik apabila mahu keluar membeli nasi lemak kesukaannya pada pukul 4 pagi tetapi keluarga menasihatkannya supaya bersabar dan menunggu hari cerah,” ujarnya.

Sementara itu, Komander Operasi Zon 1 Balai Bomba Kota Setar, Penguasa Kanan Bomba II Azahar Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.59 pagi hari ini.

“Seramai 16 anggota bomba dari Alor Setar termasuk lima penyelam memulakan operasi mencari mangsa dengan bantuan anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

Tambahnya, anggota yang terlibat dalam operasi pencarian terutama penyelam berdepan dengan arus deras di dasar sungai. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya