Wanita ditumbuk, ditendang, dipijak suami  - Utusan Malaysia

Wanita ditumbuk, ditendang, dipijak suami 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH:  Seorang suri rumah cedera selepas dibelasah suaminya dipercayai kerana perselisihan faham dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Mesra, Mak Mandin, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia 38 tahun bukan sahaja ditumbuk pada bahagian badan dan kepala malah turut ditolak sehingga jatuh serta ditendang dan dipijak di bahagian perut beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pergaduhan tercetus selepas mangsa menegur suaminya yang berusia 40 tahun kerana membawa anak perempuan mereka berusia enam tahun keluar minum minuman keras.

“Berang dengan teguran itu, suspek bertindak mencekik mangsa dan mengugut mahu membunuhnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, anak perempuan mereka berusia 13 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan itu turut ditampar sebelum remaja berkenaan meminta pertolongan jiran.

Menurutnya, suspek ditahan semalam selepas polis menerima laporan dan siasatan mendapati lelaki berkenaan beberapa kali membawa kanak-kanak itu menemaninya untuk minum minuman keras dan kerap memukul isteri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya