Wanita ditemukan mati dibunuh di rumah sewa - Utusan Malaysia

Wanita ditemukan mati dibunuh di rumah sewa

SEORANG wanita ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Mahsuri, Jitra, Kubang Pasu malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh oleh kenalan lelakinya akibat cemburu  di sebuah rumah di Taman Mahsuri, Jitra di sini malam tadi.

Mangsa, Siti Nor Sufieza Md. Sharif, 23, dipercayai ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu rumah disewanya itu oleh rakan serumah yang baru pulang dari kerja kira-kira pukul 9.45 malam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Sapii Ahmad, susulan itu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun  berasal dari Pokok Sena dekat ini untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal, terdapat kesan lebam pada badan mangsa, namun tiada kecederaan atau kesan luka pada bahagian lain tubuhnya.

“Pemeriksaan mendapati tiada barangan peribadinya yang hilang dan keadaan rumah juga tidak berselerak,” katanya.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Bedah siasat akan dijalankan untuk mencari punca kematian,” katanya.

Tambahnya, kes itu  disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN