KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berharap vaksin Covid-19 dapat diberikan percuma kepada rakyat.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya telah berbincang dengan Kabinet untuk tidak membebankan dan mengambil tanggungjawab menjaga rakyat.
“Kita menyarankan Kabinet dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada rakyat kerana ini adalah pandemik, satu krisis yang belum pernah kita lihat.
“Apabila kita sudah dapat vaksin ini, adalah tanggungjawab kita berikan vaksin ini secara percuma,” katanya dalam temu bual Malaysia Hari Ini di TV3.