UMNO Terengganu adakan mesyuarat khas  - Utusan Malaysia

UMNO Terengganu adakan mesyuarat khas 

Ahmad Said
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengadakan mesyuarat khas di Pejabat UMNO di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said dan Timbalan Pengerusi, Datuk Din Adam bersama ketua-ketua UMNO bahagian dan ketua sayap.

Ahmad berkata, mesyuarat khas itu antara lain membincangkan persediaan untuk mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian di samping sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang dijadualkan pada awal November depan.

Perkara tersebut dikongsikan beliau dalam hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Baru-baru ini, Ahmad turut menghadiri Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik Perikatan Nasional (PN). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya