Ujian pengesanan Covid-19 PM negatif - Utusan Malaysia

Ujian pengesanan Covid-19 PM negatif

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19 selepas ujian saringan pengesanan bagi sampel kedua yang dijalankan pada 14 Oktober didapati negatif.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, tempoh kuarantin kendiri yang dijalankan Perdana Menteri selama tempoh 14 hari juga telah tamat semalam.

 “Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri pada 14 Oktober dan telah disahkan negatif pada 15 Oktober.

“Sehubungan itu, kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 bagi Perdana Menteri sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh kuarantin kendiri beliau tamat pada 16 Oktober,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, walau bagaimanapun, Perdana Menteri terus komited mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 yang diadakan secara sidang video pagi tadi. 

Jelasnya, walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat, mesyuarat khas MKN masih dijalankan melalui sidang video sejak 7 Oktober lalu sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa Covid-19 di dalam negara,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya