UiTM sedia bantuan termasuk insentif RM100 - Utusan Malaysia

UiTM sedia bantuan termasuk insentif RM100

Mohd. Azraai Kassim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ekoran terdapat penuntut yang terpaksa berpatah balik ke kampung susulan  penangguhan pendaftaran kemasukan secara fizikal, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyediakan insentif RM100.

Malah, institusi itu juga memberi pengecualian bayaran kolej bagi bulan Oktober  kepada semua penuntut yang tinggal di semua kolej kediaman UiTM.

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Mohd. Azraai Kassim berkata, insentif yang diberikan itu turut melibatkan mereka yang telah mendaftar dan menetap di dalam atau luar kolej kediaman semua kampus cawangan ketika ini.

“Sepanjang Khamis hingga semalam (Sabtu), seramai 3,252 pelajar hadir mendaftar secara fizikal dan hanya 940 memilih untuk terus kekal di kolej kediaman kita di seluruh negara.

“Baki selebihnya memilih untuk pulang ke rumah masing-masing dan pelajar yang kekal di kolej kediaman akan terus dipantau mengikut keperluan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Kelmarin, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meminta semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan dahulu pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal termasuk aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu dibuat.

Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak berikutan pertambahan kes baharu Covid-19 di negara ini.

UiTM turut menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka itu bagi sesi Oktober 2020/2021 dan semua penuntut diminta meneruskan pengajian secara kaedah terbuka dan jarak jauh atau Open and Distance Learing (ODL).

Tambah Mohd. Azraai, inisiatif dan insentif itu selaras dengan saranan kementerian supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi para penuntut terlibat. \

“Keutamaan kita kini adalah mereka kekal selamat, sihat dan tabah menghadapi pandemik Covid-19.

“UITM memberi jaminan bahawa kebajikan mereka akan sentiasa dipantau dan dapat meneruskan pengajian dalam suasana yang lebih terpelihara,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya