Tun Mohd. Ali dilantik Canselor UTeM ketiga - Utusan Malaysia

Tun Mohd. Ali dilantik Canselor UTeM ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dilantik sebagai Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ketiga.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Canselor UTeM sebelumnya yang merupakan bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Menurut kenyataan UTeM, Mohd. Ali dilantik sebagai Canselor UTeM oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama empat tahun mulai 15 Ogos hingga 3 Jun 2024.

“Pemakluman pelantikan Canselor baharu UTeM telah disampaikan barisan pihak pengurusan tertinggi UTeM diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Melaka.

“Pelantikan ini juga bertepatan sumbangan besar beliau sebagai individu yang membangunkan Melaka dalam pelbagai aspek termasuk meletakkan negeri ini sebagai antara destinasi pelancongan terkenal dunia,” kata kenyataan itu.

Mohd. Ali yang merupakan anak jati Bukit Katil dilahirkan 24 Ogos 1949 dan merupakan graduan Sarjana Muda Kemasyarakatan (Pembangunan Ekonomi), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Sastera di Universiti Malaya (UM).

Beliau dilantik Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh 4 Jun lalu selain pernah menabur bakti sebagai Ketua Menteri Melaka dari 1999 hingga 2013.

Antara jawatan lain yang pernah disandang beliau, Timbalan Menteri Pengangkutan dari 1995 hingga 1998 dan Timbalan Menteri Kesihatan (1998 hingga 1999).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya