Tun M mungkin bertanding PRU-15 - Utusan Malaysia

Tun M mungkin bertanding PRU-15

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Baru sahaja bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU)-ke 15, beliau menarik balik keputusan tersebut dan meneruskan niat menjadi wakil rakyat.

Katanya dalam satu wawancara, keputusan tersebut bertujuan bagi memenuhi hasrat masyarakat yang menginginkan dirinya tetap bertanding jika PRU mengejut diadakan.

“Mereka masih mahu saya mengatakan bahawa saya mahu bertanding. Memang benar kebanyakan orang yang berusia 95 tahun tidak akan aktif.

“Saya lebih bernasib baik, saya masih dapat aktif. Tetapi mereka nampaknya tidak fikir kesihatan saya akan merosot apabila usia saya semakin lanjut,” katanya kepada Straits Times Singapura.

“Mereka melihat saya seperti saya sekarang. Jadi mereka menginginkan saya, sekurang-kurangnya, tidak mengatakan bahawa saya tidak akan bertanding,” katanya. 

Sebelum ini jelas Dr. Mahathir, keputusan untuk tidak mahu bertanding adalah kerana memikirkan usianya yang 98 tahun jika PRU diadakan pada 2023.

Namun, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut memberi gambaran mungkin dapat bertanding jika PRU mengejut diadakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya