Tumpahan minyak mentah dikesan di Kampung Gelam, PD - Utusan Malaysia

Tumpahan minyak mentah dikesan di Kampung Gelam, PD

AHLI Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung, Datuk M. Ravi meninjau kawasan tumpahan minyak yang berlaku di Kilometer 1, Jalan Seremban berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, Port Dickson.-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tumpahan minyak mentah dikesan di Kilometer 1, Jalan Seremban dekat sini berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam sejak petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihakya telah ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 6.22 petang.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar terdapat sumber minyak mentah daripada bawah tanah dan telah mengalir ke dalam longkang.

“Tindakan operasi adalah mendapatkan bantuan ‘oil boom‘ 12 unit daripada Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar (SJTJ) untuk mengawal pencemaran minyak dari mengalir ke laut. Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah dihubungi untuk tindakan selanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia pagi ini dilokasi kejadian mendapati kawasan berkenaan telah dikawal anggota Rela dan polis terutama bagi melancarkan keadaan trafik.

Satu pusat operasi melibatkan beberapa pihak khususnya Tenaga Nasional Berhad (TNB), JAS, Bomba telah dibuka bagi kerja-kerja mengenal pasti punca kejadian dan membersihkan kawasan tumpahan minyak.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S. Veerapan dalam kenyataan berkata, tumpahan minyak itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 2 petang.

Tambahnya, pihak JAS telah mengambil sampel minyak di lokasi dan siasatan lanjut masih dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN