Tujuh pengunjung terkandas di Air Terjun Telaga Tujuh - Utusan Malaysia

Tujuh pengunjung terkandas di Air Terjun Telaga Tujuh

ANGGOTA bomba menyelamat tujuh pengunjung yang terkandas di kawasan puncak Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tujuh pengunjung pusat peranginan Air Terjun Telaga Tujuh di sini cemas apabila terkandas di kawasan puncak air terjun akibat air deras dalam kejadian pada petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.02 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat tujuh mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki terkandas di puncak air terjun.

“Mereka tidak dapat menyeberangi kerana air yang deras,” katanya hari ini.

Katanya, tujuh anggota bomba kemudian menggunakan tali dan jaket keselamatan untuk membantu mangsa menyeberangi laluan air. 

“Kesemua mangsa iaitu lima wanita dan dua lelaki berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke kaki bukit,” katanya.

Tambahnya, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya