Tujuh menteri, enam timbalan menteri dikuarantin - Utusan Malaysia

Tujuh menteri, enam timbalan menteri dikuarantin

TRISHA Nanda Gopal, mengikuti siaran langsung perutusan khas berhubung situasi semasa COVID-19 oleh Muhyiddin Yassin melalui media sosial di Georgetown, Pulau Pinang. - UTUSAN/AMIR IRSYAD OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai tujuh menteri dan enam timbalan menteri sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah untuk tempoh 14 hari.

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini ekoran status Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19, kelmarin.

“Bersama-sama saya yang dikehendaki menjalani kuarantin di rumah ialah tujuh orang menteri dan enam timbalan menteri. Kesemua mereka ini juga tidak terkecuali daripada mematuhi arahan kuarantin.

“Mereka mesti patuh kepada peraturan dan tindakan boleh diambil sekiranya mereka ingkar,” katanya dalam perutusan khas berhubung situasi semasa Covid-19 menerusi siaran langsung dari rumahnya.

Katanya, dalam hal ini tidak ada mana-mana pihak yang akan terkecuali menjalani kuarantin termasuk dirinya sendiri sebagai ketua kerajaan.

“Mengenai isu kuarantin, saya ingin tegaskan tidak ada double standard dalam mematuhi arahan kuarantin. Saya sendiri pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah setelah saya mempengerusikan satu mesyuarat yang dihadiri seorang menteri yang disahkan positif Covid-19.

“Ini adalah SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan. Sebagai perdana menteri saya tidak terkecuali daripada tertakluk kepada SOP.

“Covid 19 tidak mengenal pangkat atau darjat. Virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan oleh kerana itu SOP yang ditetapkan pihak berkuasa mesti dipatuhi semua orang,” katanya.

Muhyiddin sedang menjalani kuarantin kali kedua di rumah sejak pandemik Covid-19 melanda.

Bagaimanapun, beliau tidak menyenaraikan nama menteri dan timbalannya yang sedang menjalani kuarantin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya