Tujuh jalan ditutup di Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas - Utusan Malaysia

Tujuh jalan ditutup di Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis akan menutup tujuh jalan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tiga jalan raya yang ditutup di kawasan Bukit Tinggi Klang ialah Jalan Batu Unjur 9; jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn. Bhd. dan lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt.

“Sementara itu di Taman Sri Andalas, Klang, empat jalan yang ditutup ialah berhadapan Masjid Ar Rahimiah; Jalan Sri Siantan; Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53.

“Bagi sekatan jalan raya pula, di kawasan Bukit Tinggi, Klang melibatkan dua kawasan iaitu Persiaran Pegaga (berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (berhadapan 99 Speedmart) manakala bagi Taman Sri Andalas, Klang pula di persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr. Ismail,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata, orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke kawasan Bukit Tinggi iaitu Bayu Perdana, Flat Sri Angkasa, Apartment Vista Bayu dan Bayu Villa dan Taman Sri Andalas
dinasihatkan untuk mendapatkan surat kebenaran dari Balai Polis bergerak yang disediakan di dua lokasi tersebut.

“Setakat ini, tiada keperluan surat kebenaran atau permit khas bagi tujuan keluar atau masuk ke lain-lain kawasan di daerah Klang namun bergantung kepada perubahan semasa.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi PKPB atau berdepan tindakan kompaun sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-33762400.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN