Tong asid dibuang di tepi pasar - Utusan Malaysia

Tong asid dibuang di tepi pasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebuah tong mengandungi bahan kimia disyaki asid ditemukan dibuang berhampiran kawasan tempat pembuangan sampah di Pasar Awam Taman Bagan, di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Ketika tiba di lokasi, terdapat satu tong mengandungi kira-kira 25 liter bahan kimia dipercayai asid dibuang pihak tidak bertanggungjawab.

“Pemeriksaan turut mendapati bau dan asap di sekitar kawasan tempat buangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas jurucakap itu, anggota bomba kemudiannya bertindak membuat pengungsian sekitar lokasi terbabit bagi melakukan pembersihan.

“Kerja-kerja siasatan dan pengawalan bahan berkenaan sedang dilakukan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT),” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya