Tiga syarikat penerbangan tawar penjadualan semula - Utusan Malaysia

Tiga syarikat penerbangan tawar penjadualan semula

Industri penerbangan me­ngalami kemerosotan teruk akibat pandemik Covid-19. - GAMBAR ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran di institusi masing-masing boleh memohon  penjadualan semula tiket penerbangan secara percuma.

Jabatan Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan berkata,  syarikat penerbangan Malaysia Airlines  (MAS) Malindo Air dan AirAsia menawarkan pertukaran tarikh penerbangan di laluan yang sama tanpa bayaran tambahan.

 

Katanya, MAS turut membenarkan pertukaran tarikh penerbangan secara percuma bagi tempoh setahun dari tarikh pembelian.

“Pelajar boleh membuat pertukaran tarikh tanpa had sebelum 31 Disember 2020 bagi sesiapa yang menggunakan perkhidmatan Air Asia.

“Bagi Malindo Air pula, pelajar boleh mendapatkan pergecualian Fi penukaran tarikh dengan tertakluk kepada perbezaan tambang,” katanya hari ini.

Jabatan Pendidikan Tinggi bagaimanapun berkata,  ia tertakluk kepada  tempat duduk untuk pelajar dan ibu bapa.

“ Pelajar boleh menghubungi institusi pengajian masing-masing untuk mendapatkan  maklumat terperinci bagi tujuan tersebut.

“ Untuk maklumat lanjut mengenai tatacara penjadualan semula tiket, pelajar boleh melayari laman sesawang syarikat penerbangan terbabit,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya