Tiga lelaki aktif pecah cermin kereta sekitar JB ditahan polis - Utusan Malaysia

Tiga lelaki aktif pecah cermin kereta sekitar JB ditahan polis

ANTARA barangan dipercayai dicuri suspek ketika melakukan jenayah samun dengan memecahkan cermin kenderaan di sekitar Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini berjaya menumpaskan dua kumpulan terdiri daripada tiga lelaki yang aktif melakukan jenayah samun dan pecah cermin kenderaan di sekitar bandar raya ini sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, ketiga-tiga suspek ditahan pada 16 dan 18 Oktober lalu.

Menurutnya, suspek yang turut terdiri daripada seorang warganegara Indonesia berusia antara 32 hingga 42 tahun.

“Dengan tangkapan ini, polis percaya telah berjaya menyelesaikan 10 kes samun melibatkan pecah cermin kenderaan di sekitar bandar raya ini.

“Turut dirampas, pelbagai barangan yang dipercayai dicuri suspek ketika melakukan jenayah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Padzli, semakan rekod lampau mendapati dua suspek warga tempatan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek kini dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Polis turut menyeru kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perlakuan jenayah untuk terus menghubungi talian iaitu 072182323,” ujarnya lanjut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN