Tiga jalan sekitar Penjara Reman ditutup - Utusan Malaysia

Tiga jalan sekitar Penjara Reman ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis menutup tiga jalan di sekitar Penjara Reman Pulau Pinang dan kuarters kakitangan penjara itu di sini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu bermula tengah malam ini.

Jalan-jalan terlibat adalah Jalan Penjara, Jalan Lim Khoon Huat serta Jalan Berek dan akan ditutup sehingga pukul 11.59 malam 27 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, Jalan Penjara iaitu kawasan pintu masuk penjara akan ditutup sepenuhnya manakala Jalan Lim Khoon Huat ditutup sehingga kuarters kakitangan Kementerian Kesihatan yang terletak berhampiran kawasan itu.

Katanya, Jalan Berek pula ditutup separuh jalan sehingga ke kuarters pegawai kanan penjara.

“Sebanyak tiga sekatan jalan raya akan dibuat di tiga jalan tersebut dan orang ramai tidak dibenarkan masuk ke kawasan PKPD.

“Kakitangan penjara serta ahli keluarga yang tinggal di dalam kuarters itu pula hanya dibenarkan keluar dengan kebenaran bagi urusan penting dan kecemasan, dengan kebenaran polis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya