Tidak kira selebriti atau tidak, mari 'serah diri' ke SPRM - Utusan Malaysia

Tidak kira selebriti atau tidak, mari ‘serah diri’ ke SPRM

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai individu bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang aktif sejak lima tahun lalu di negara ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, mana-mana pihak yang pernah menerima duit daripada individu yang ditahan perlu segera tampil sebelum pegawai SPRM memanggil mereka.

“Tidak kira selebriti atau tidak, saya tidak mahu membuat spekulasi (golongan selebriti) mana-mana pihak yang mungkin pernah menerima wang daripada individu yang ditahan itu perlu datang ke SPRM. Kalau kita panggil mereka ini jadi tidak berapa cantik, siapa makan cili dia terasa pedasnya.  

“Kita akan layan mereka dengan baik sebab pegawai saya sudah ada senarai nama mereka, bukan saya suruh serah diri tetapi tampil ke hadapan memberikan kerjasama,” katanya dalam temu bual SPRM 360 yang disiarkan secara langsung menerusi MACC FM di sini hari ini.

SPRM menyita 730 akaun bernilai RM80 juta milik ahli sindiket yang ditahan termasuk selebriti selain menyita 24 kenderaan mewah selepas lapan individu direman bagi membantu siasatan membabitkan kes pengubahan wang haram.

Susulan itu, SPRM menahan kira-kira lapan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusia 30 sehingga 57 tahun masing-masing berpangkat Asisten Komisioner, Superintenden, Deputi Superintenden, Inspektor, Sarjan dan Koperal selepas dipercayai melindungi sindiket tersebut selama ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN