Tiada kes positif Covid-19 di Kuala Kangsar - Utusan Malaysia

Tiada kes positif Covid-19 di Kuala Kangsar

Omar Bakhtiar Yaacob.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Polis mengesahkan tiada kes positif Covid-19 di daerah Kuala Kangsar seperti yang didakwa dalam mesej tular dalam media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob sebaliknya berkata, pemeriksaan dan lawatan ke rumah yang dijalankan pihaknya adalah bertujuan memastikan mereka yang terlibat mematuhi arahan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan.

Justeru itu katanya, orang ramai diminta agar tidak panik dengan penularan berita tersebut kerana ia adalah tidak benar.

“Buat masa ini tiada kes Covid-19 di Kuala Kangsar. Orang ramai diminta agar tidak percaya dengan penularan berita palsu itu,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Omar Bakhtiar, orang ramai diminta agar tidak menimbulkan kebimbangan awam dengan menyebarkan berita palsu menerusi khidmat pesanan ringkas atau di media sosial.

Katanya, tindakan tersebut merupakan kesalahan yang boleh didakwa di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya